Isnin, 9 November 2009

Khalifah Pertama

Abu Bakar As Siddiq adalah panggilan yang terkenal dalam Islam . Nama sebenar beliau yang sebenar ialah Abdullah bin Usman . Abu Bakar sebelum mendapat gelaran As Siddiq beliau terkenal dengan panggilan Al`Atiq . Sekembalinya Rasulullah SAW daripada Isra` dan Mi`raj . Beliaulah lelaki pertama sekali membenarkan peristiwa terrsebut sehingga termasyhurlah beliau dengan gelaran Abu Bakar As Siddiq .
Abu Bakar As Siddiq adalah guru kemanusiaan dalam pelajaran iman yang menunjukkan kepada kita daripada kehidupan dan ketetapan hatinya yang sangat mengagumkan . Ketika orang lain menyerahkan segala jiwa dan raganya kepadanya Latta dan Uzza . Beliau menyepikan diri daripada mengikutinya . Tidak sekalipun beliau menyembah berhala , kerana jiwa dan raga beliau sedang menanti nur keimanan yang hakiki .
Beliaulah orang yang membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW ketika orang lain menentangnya . Di dalam jiwa raganya mengalir roh keimanan yang tidak kunjung padam hingga sampai syurga yang dijanjikan Allah untuknya . Semoga sejarahnya memberikan pengajaran bagi umat Islam seluruhnya , InsyaAllah…………………….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan