Isnin, 9 November 2009

Gedung Ilmu Islam.......

Khalifah Ali Bin Abi Talib lebih senang dipanggil dengan nama gelarannya , Abu Turab atau `` Bapa Tanah ‘’ . Beliau merupakan saudara sepupu dann menantu Rasulullah yang sangat disayangi oleh baginda . Merupakan Insan yang paling bertuah kerana dapat menikmati kemanisan Iman pada usia kanak – kanak dan tidak pernah sujud kepada berhala .
Saidina Ali memiliki keutamaan – keutamaan yang mulia , dia seorang ahli sehingga terkenal dengan sebutan `` babul ilmi ‘’ atau gedung ilmu , ahli hukum , ahli pidato , seorang yang gagah berani serta seorang yang pemurah dan rendah hati . Kezuhudannya sampai peringkat yang paling tinggi dan menyimpan seribu hikmah . Saidina Ali pernah berkata : `` orang yang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa , soalt dan berjihad . Apabila mati seorang ynag berilmu maka terjadilah satu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup kecuali orang yang berilmu juga . ‘’
Semoga umat Islam dapat memetik hikmah yang tersimpan dari khazanah kehidupan Saidina Ali karamallahu wajhah ,InsyaAllah …………

Tiada ulasan:

Catat Ulasan