Khamis, 12 November 2009

Rasul

NAMA – NAMA RASUL :
Nama Rasul adalah seperti yang tersebut di dalam Al – Quran iaitu sebanyak 25 orang :
1. ADAM
2. IDRIS
3. NOH
4. HUD
5. SALLEH
6. IBRAHIM
7. LUTH
8. ISMAIL
9. ISHAK
10. YAAKUB
11. YUSUF
12. AYUB
13. SYUIB
14. MUSA
15. HARUN
16. ZULKIFLI
17. DAUD
18. SULAIMAN
19. ILIAS
20. ILIASAK’
21. YUNUS
22. ZAKARIA
23. YAHYA
24. ISA
25. MUHAMMAD S.A.W

Nabi & Rasul

Jumlah Rasul – rasul :

Jumlah rasul-rasul dan nabi- nabi adalah banyak . Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui bilangan mereka itu . Setiap Rasul adalah nabi tetapi nabi itu bukannya Rasul. Jumlah para Rasul ialah 313 orang . Hanya 25 orang rasul sahaja yang perlu kita ketahui .

Firman Allah S.W.T :

``Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan beberapa orang Rasul sebelummu ( wahai Muhammad ) . Diantaranya itu adalah kami ceritakan riwayat hidupnya dan ada juga yang tidak kami ceritakan . ‘’

( Surah an – Nisa’ : 164 )

Solat Jumaat

Syarat - Syarat Wajib Solat Jumaat :
  1. Seorang Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Lelaki
  5. Sihat tubuh badan , tidak sakit
  6. Bermastautin , yakni bukan musafir

Sunat - sunat Solat Jumaat :
  1. Mandi suant hari Jumaat , terutamanya hendak ke Masjid
  2. Bersugi
  3. Memotong kuku dan rambut yang panjang
  4. Berhias dengan memakai pakaian yang sebaik - baiknya . Warna yang sebaik - baiknya ialah warna putih .
  5. Memakai bau - bauan
  6. Bersegera pergi ke Masjid
  7. Hendaklah membaca Al - Quran dan berzikir dan berselawat

Selasa, 10 November 2009

SIFAT-sifat Keistimewaan MALAIKAT

Antara lain sifat – sifat istimewa Malaikat ialah :
i. Mereka dapat menyerupai makhluk lain yang bertubuh menurut kehendaknya setelah mendapat keizinan dari Allah .
ii. Mereka dapat melalui perjalanan yang jauh dalam jangka waktu yang singkat .
iii. Mereka dapat melaksanakan tugas – tugas yang amat berat yang tidak dapat dilakukan oleh makhluk lain .
iv. Mereka amat patuh pada suruhan dan perintah Allah . Tidak sekali-kali ingkar dan menderhaka kepada Allah .
v. Mereka tidak tidur , makan , minum dan melakukan hubungan jenis .

Rukun Iman Yang KE-2

Rukun Iman yang kedua ialah beriman kepada malaikat . Malaikat ialah makhluk halus yang dicipta oleh Allah . Mereka ini ialah makhluk di Alam Ghaib . Makhluk yang tidak dapat dilihat , didengar , diraba , dicium , dan dirasa . Mereka hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan manusia ( kehidupan alam semesta yang kita saksikan ini . Mereka tidak tidur dan tidak mempunyai nafsu syahwat . Mereka ialah makhluk yang taat , patuh , sentiasa patuh beribadat menjalankan perintah Allah . Firman Allah S.W.T :

``Bahkan malaikat itu adalah hamba Allah yang dimuliakan , mereka tidak pernah mendahului –Nya dengan perkataan dan mereka bertindak atas perintah-Nya . ‘’ (Surah Al-ANBIYA` : 26 – 27 ) .

Isnin, 9 November 2009

Hukum - hukum di dalam Islam

Lima Jenis Hukum

Ada lima jenis hukum di dalam Islam iaitu Wajib , Sunat , Haram , MAkruh dan Mubah (Harus)

  1. WAJIB : Sesuatu hukum atau perintah yang mesti dilakukan . Jika perintah atau hukum itu dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan akan berdosa seperti meninggalkan sembahyang lima waktu .
  2. SUNAT : Sesuatu perintah atau hukum jika dilakukan akan mendapat ganjaran pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa seperti sembahyang Tarawih .
  3. HARAM : Sesuatu hukum atau perintah (larangan) jika dilakukan akan mendapat balasan dosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala seperti meminum arak .
  4. MAKRUH : Sesuatu hukum atau perintah (larangan) jika dilakukan tidak dihukum berdosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala seperti makan bawang atau petai bagi orang yang akan pergi sembahyang jemaah .
  5. MUBAH : Sesuatu yang dikerjakan atau ditinggalkan tidak mendapat apa - apa . Tidak diberi pahala dan tidak mendapat dosa .

Gedung Ilmu Islam.......

Khalifah Ali Bin Abi Talib lebih senang dipanggil dengan nama gelarannya , Abu Turab atau `` Bapa Tanah ‘’ . Beliau merupakan saudara sepupu dann menantu Rasulullah yang sangat disayangi oleh baginda . Merupakan Insan yang paling bertuah kerana dapat menikmati kemanisan Iman pada usia kanak – kanak dan tidak pernah sujud kepada berhala .
Saidina Ali memiliki keutamaan – keutamaan yang mulia , dia seorang ahli sehingga terkenal dengan sebutan `` babul ilmi ‘’ atau gedung ilmu , ahli hukum , ahli pidato , seorang yang gagah berani serta seorang yang pemurah dan rendah hati . Kezuhudannya sampai peringkat yang paling tinggi dan menyimpan seribu hikmah . Saidina Ali pernah berkata : `` orang yang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa , soalt dan berjihad . Apabila mati seorang ynag berilmu maka terjadilah satu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup kecuali orang yang berilmu juga . ‘’
Semoga umat Islam dapat memetik hikmah yang tersimpan dari khazanah kehidupan Saidina Ali karamallahu wajhah ,InsyaAllah …………

Khalifah Pertama

Abu Bakar As Siddiq adalah panggilan yang terkenal dalam Islam . Nama sebenar beliau yang sebenar ialah Abdullah bin Usman . Abu Bakar sebelum mendapat gelaran As Siddiq beliau terkenal dengan panggilan Al`Atiq . Sekembalinya Rasulullah SAW daripada Isra` dan Mi`raj . Beliaulah lelaki pertama sekali membenarkan peristiwa terrsebut sehingga termasyhurlah beliau dengan gelaran Abu Bakar As Siddiq .
Abu Bakar As Siddiq adalah guru kemanusiaan dalam pelajaran iman yang menunjukkan kepada kita daripada kehidupan dan ketetapan hatinya yang sangat mengagumkan . Ketika orang lain menyerahkan segala jiwa dan raganya kepadanya Latta dan Uzza . Beliau menyepikan diri daripada mengikutinya . Tidak sekalipun beliau menyembah berhala , kerana jiwa dan raga beliau sedang menanti nur keimanan yang hakiki .
Beliaulah orang yang membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW ketika orang lain menentangnya . Di dalam jiwa raganya mengalir roh keimanan yang tidak kunjung padam hingga sampai syurga yang dijanjikan Allah untuknya . Semoga sejarahnya memberikan pengajaran bagi umat Islam seluruhnya , InsyaAllah…………………….